Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Tukang Gunting Jadi Polis

Diterbitkan: 20 Nov 2023 8.21 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Pelanggan tetap yang juga bekas pegawai kanan polis menjadi inspirasi buat tukang gunting rambut untuk menyertai Pasukan Polis Diraja Malaysia.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-tukang-gunting-jadi-polis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:17 MYT
Kuala Lumpur, 18 November 2023 - Pelanggan tetap yang juga bekas pegawai kanan polis menjadi inspirasi buat tukang gunting rambut untuk menyertai Pasukan Polis Diraja Malaysia.

Berkongsi kisah itu, anak kelahiran Ipoh, Perak, Inspektor Muhamad Amir Faris Basri, 28, berkata, dia yang bekerja sebagai tukang gunting rambut di Ipoh sering memotong rambut seorang bekas pegawai kanan polis.

“Saya mula berkenalan dengan bekas pegawai kanan polis yang juga Komandan di Pasukan Gerakan Am kerana dia adalah pelanggan tetap saya.

“Pelbagai kisah dikongsi menyebabkan saya berminat menyertai Pasukan keselamatan ini selain saya juga adalah bekas atlet Sukan Malaysia dalam pertandingan menembak,” katanya ketika ditemui, semalam.

Terdahulu, seramai 538 pelatih menyempurnakan Majlis Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan Inspektor Pelatih Bilangan 10 Siri 1/2023 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of 8 people and text that says 'Oleh Hafidzul Hilmi hafidzul@hmetro.com.my Kuala Lumpur TUKANG GUNTING JADI POLIS Kisah dikongsi bekas pega
ArtikelDiterbitkan 20 Nov 2023 8.21 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM