
Article
Keratan Akhbar Pilihan Tujuh Komuniti Di Cheras Bantu Polis Mencegah Jenayah
Kuala Lumpur, 1 Oktober 2024 - Taman angkat membabitkan sejumlah tujuh komuniti di Cheras menjadi antara ‘mata’ dan ‘telinga’ pasukan keselamatan dalam usaha m...
Kuala Lumpur, 1 Oktober 2024 - Taman angkat membabitkan sejumlah tujuh komuniti di Cheras menjadi antara ‘mata’ dan ‘telinga’ pasukan keselamatan dalam usaha mencegah jenayah dan membantu menyalurkan sebarang maklumat mengenai kegiatan itu kepada pihak polis.
Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Ravindar Singh Sarban Singh berkata, program yang diperkenalkan pada Januari lalu itu memberikan impak positif apabila penyaluran maklumat daripada penduduk setempat membantu pihaknya melakukan pencegahan jenayah selain membuat tangkapan terhadap penjenayah dengan cepat.
Menurutnya, jika mengharapkan polis untuk kawal seluruh pelusuk, itu agak sukar kerana banyak pintu keluar masuk, jadi dengan adanya kerjasama masyarakat, mereka jadi mata dan telinga polis.
“Ini banyak bantu kita dan masyarakat tahu peranan mereka untuk bantu polis. Indeks jenayah juga berada dalam keadaan terkawal.
“Taman Angkat itu membabitkan Perumahan Awam Seri Sabah 3B, Perumahan Awam Seri Pulau Pinang, Taman Midah, Taman Miharja Fasa 1, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Salak Selatan, PPR Raya Permai dan PPR Pinggiran,” katanya kepada pemberita pada pada Perhimpuan Bulanan Ketua Polis Cheras di sini, semalam.