Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Tujuh Ahli Geng 21 Ditahan

Published: 01 Oct 2020 2.22 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Johor Bahru, 1 Oktober 2020 - Seramai tujuh ahli Geng 21 yang aktif di kawasan Iskandar Puteri di sini ditahan kerana lerlibat dalam satu kegiatan samun bersenjata api di hadapan G-Residence Pangsapuri Permai Plentong di sini baru-baru ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-tujuh-ahli-geng-21-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 13:21 MYT

Johor Bahru, 1 Oktober 2020 - Seramai tujuh ahli Geng 21 yang aktif di kawasan Iskandar Puteri di sini ditahan kerana lerlibat dalam satu kegiatan samun bersenjata api di hadapan G-Residence Pangsapuri Permai Plentong di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Johor, CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kesemua penjenayah berumur 23 hingga 44 tahun itu ditahan pada 10 September lalu oleh Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Johor menerusi beberapa operasi khas di kawasan berkenaan.

"Mereka ditahan kerana terlibat dalam kejadian samun, cubaan bunuh dan melepaskan beberapa das tembakan terhadap sebuah kereta di hadapan pangsapuri itu kira-kira jam 8.30 malam pada 8 Mac lalu.

"Kereta berkenaan dinaiki empat mangsa berusia 19 hingga 28 tahun.

"Mereka cuba dirompak dan ditembak tiga penjenayah bersenjatakan sepucuk pistol," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini semalam.

Dato’ Ayob Khan berkata, modus operandi kumpulan terbabit dalam kejadian itu ialah dengan melanggar belakang kereta mangsa sebelum turun dan melepaskan lima das tembakan.

Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Sinar Harian.

Sumber: Sinar Harian

Image may contain: 2 people, text

ArticlePublished 01 Oct 2020 2.22 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM