
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Tragedi Nahas Pesawat N28jv Ayah Suruh Saya Jadi Polis
Sepang, 21 Ogos 2023 - Tidak sangka minum pagi sebelum ke sekolah adalah kenangan terakhir bersama ayah sebelum dia dijemput llahi dalam nahas pesawat terhempa...
Sepang, 21 Ogos 2023 - Tidak sangka minum pagi sebelum ke sekolah adalah kenangan terakhir bersama ayah sebelum dia dijemput llahi dalam nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam pada Khamis,” kata Muhammad Sharul lzuan, 16 tahun.
Muhammad Sharul lzuan menyifatkan ayahnya seorang yang mesra dan banyak bercakap terutama dengan ibu serta adiknya.
Ditanya mengenai perancangan selepas kehilangan ketua keluarga, dia berkata, belum berfikir ke arah itu kerana mahu menumpukan kepada menyelesaikan urusan ayahnya terlebih dahulu.
Dia juga berhasrat memenuhi impian ayahnya yang mahu melihat dia memakai seragam polis.
“Amanah ayah suruh saya jadi polis. Saya pun memang minat untuk jadi polis sejak dulu lagi. Insya-Allah saya cuba penuhi, yang penting kena habiskan belajar dulu,” ujarnya.
Bacaan lanjut dalam akhbar terbitan Sinar Harian.