Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Tragedi Nahas Pesawat N28jv Ayah Suruh Saya Jadi Polis

Published: 21 Aug 2023 4.50 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Sepang, 21 Ogos 2023 - Tidak sangka minum pagi sebelum ke sekolah adalah kenangan terakhir bersama ayah sebelum dia dijemput llahi dalam nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam pada Khamis,” kata Muhammad Sharul lzuan, 16 tahun.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-tragedi-nahas-pesawat-n28jv-ayah-suruh-saya-jadi-polis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:17 MYT
Sepang, 21 Ogos 2023 - Tidak sangka minum pagi sebelum ke sekolah adalah kenangan terakhir bersama ayah sebelum dia dijemput llahi dalam nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam pada Khamis,” kata Muhammad Sharul lzuan, 16 tahun.

Anak kepada pemandu e-hailing, Allayarham Sharipuddin Shaari, 53 tahun, itu berkata, ayahnya tidak menunjukkan sebarang perubahan sebaliknya hanya menitipkan pesan supaya berhati-hati ke sekolah.

Muhammad Sharul lzuan menyifatkan ayahnya seorang yang mesra dan banyak bercakap terutama dengan ibu serta adiknya.

Ditanya mengenai perancangan selepas kehilangan ketua keluarga, dia berkata, belum berfikir ke arah itu kerana mahu menumpukan kepada menyelesaikan urusan ayahnya terlebih dahulu.

Dia juga berhasrat memenuhi impian ayahnya yang mahu melihat dia memakai seragam polis.

“Amanah ayah suruh saya jadi polis. Saya pun memang minat untuk jadi polis sejak dulu lagi. Insya-Allah saya cuba penuhi, yang penting kena habiskan belajar dulu,” ujarnya.

Bacaan lanjut dalam akhbar terbitan Sinar Harian.
 
ArticlePublished 21 Aug 2023 4.50 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM