Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Tragedi Mh17 Misi Mendebarkan Di Lokasi Mh17

Diterbitkan: 14 Oct 2023 8.30 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Shah Alam, 14 Oktober 2023 - Dikawal tentera bersenjata, berdepan ancaman keselamatan dan perlu membawa keluar kotak hitam pesawat Malaysia Airlines MH17 dari Ukraine.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-tragedi-mh17-misi-mendebarkan-di-lokasi-mh17
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:23 MYT
Shah Alam, 14 Oktober 2023 - Dikawal tentera bersenjata, berdepan ancaman keselamatan dan perlu membawa keluar kotak hitam pesawat Malaysia Airlines MH17 dari Ukraine.

Itu situasi hidup mati yang terpaksa ditempuh oleh Ketua Polis (KP) Selangor, CP Dato' Hussein Omar Khan semasa menjawat Ketua Penolong Pengarah Siasatan Databank DNA (D13), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman dengan pangkat Asisten Komisioner (ACP).

Beliau dilantik untuk memegang amanah selaku Komander Operasi Pengecaman Mangsa Nahas (DVI) semasa mengendalikan siasatan tragedi pesawat terhempas di Ukraine pada 17 Julai 2014.

Dalam tragedi itu, pesawat terbabit dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam ke Kuala Lumpur sebelum ditembak jatuh di bahagian timur Ukraine iaitu wilayah yang dikawal pemberontak pro-Rusia.

Dato' Hussein berkata, ketika itu beliau dipertanggungjawabkan untuk mengetuai pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam misi pencarian baki mayat mangsa dan bangkai pesawat MH17.

“Ada satu masa saya didesak oleh pihak Ukraine untuk membuat keputusan penting bagi menentukan hak milik kotak hitam kerana ia adalah bukti kukuh yang ada dalam usaha memastikan keadaan sebenar yang berlaku ketika kejadian.

"Jadi masa itu timbul soal kepercayaan, ada pihak yang seolah-olah tidak mahu kotak hitam ini jatuh ke tangan mereka yang tidak sepatutnya, jadi saya perlu beri jaminan bahawa sekiranya apa -apa berlaku maka saya akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya,” katanya kepada Sinar Harian ketika sesi temu bual khas baru-baru ini.

Ikuti temu bual khas bersama KP Selangor, CP Dato' Hussein berkongsi pengalaman beliau semasa mengendalikan siasatan Tragedi MH17 menerusi keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of 9 people and text that says 'Hussein imbau kenangan ketuai operasi siasatan tragedi pesawat MAS Ukraine MUHAMMAD AMINNURALIF Misi mendeb

May be an image of 7 people and text
ArtikelDiterbitkan 14 Oct 2023 8.30 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM