Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Tragedi Balai Polis Ulu Tiram Tiada Lagi Panggilan Beritahu Duit Sudah Masuk

Diterbitkan: 26 Jul 2024 8.18 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuantan, 26 Julai 2024 - “Biasanya setiap hujung bulan makcik menantikan panggilan telefon atau panggilan video daripada arwah maklumkan sudah memasukkan duit selepas mendapat gaji,” kata Puan Aini Mohd Sharif, 57, ibu kepada Allahyarham Koperal Muhamad Syafiq Ahmad Said yang terkorban dalam serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada 17 Mei lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-tragedi-balai-polis-ulu-tiram-tiada-lagi-panggilan-beritahu-duit-sudah-masuk
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:43 MYT
Kuantan, 26 Julai 2024 - “Biasanya setiap hujung bulan makcik menantikan panggilan telefon atau panggilan video daripada arwah maklumkan sudah memasukkan duit selepas mendapat gaji,” kata Puan Aini Mohd Sharif, 57, ibu kepada Allahyarham Koperal Muhamad Syafiq Ahmad Said yang terkorban dalam serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada 17 Mei lalu.

Menurut Puan Aini, walaupun kini sudah dua bulan berlalu, dia seolah-olah masih menunggu panggilan telefon daripada anaknya itu yang meminta menggunakan duit diberikan untuk makan dan kegunaan harian.

Namun, Puan Aini dan suami, Encik Ahmad Said Md Piah, 65, serta keluarga reda dan menerima ketentuan yang berlaku ke atas Koperal Muhamad Syafiq yang terkorban ketika bertugas.

“Alhamdulillah, kami semakin dapat menerima tetapi kehilangan arwah akan tetap dirasai sehingga kini,” kata Encik Ahmad Said.

Encik Ahmad Said dan Puan Aini ditemui pada majlis penyampaian sumbangan daripada Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (RESPA) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang di sini, semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.
 
ArtikelDiterbitkan 26 Jul 2024 8.18 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM