Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Tinjau Guna Dron Sebelum Pukat Pati

Diterbitkan: 25 Jan 2024 3.19 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-tinjau-guna-dron-sebelum-pukat-pati
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:25 MYT
Klang, 25 Januari 2024 - Serbuan yang bermula pada jam 2.30 petang itu, puluhan warga asing sedang bekerja di sebuah kilang kitar semula berkenaan dipercayai beroperasi secara haram.

Menyedari kehadiran pihak berkuasa, ada daripada mereka bertindak melarikan diri, namun berjaya dikesan dron dan dicekup.
Perkara itu dikesan sepasukan pegawai dan anggota D3 Bahagian Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupa Migran (Atipsom) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman yang menyerbu tiga kilang secara serentak di lokasi berasingan sekitar Kapar.

Penolong Pengarah Bahagian D3 (ATIPSOM), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ACP Hazril Kamis berkata, Op Khas Aman 1 itu membawa kepada penahanan seramai 116 individu berusia 20 hingga 72 tahun bagi tindakan lanjut.
Menurutnya, pemeriksaan mendapati semua Pati termasuk tujuh wanita yang ditahan membabitkan warga Myanmar, Indonesia, Kemboja, Bangladesh, China, Taiwan dan India.

“Tangkapan itu turut meliputi tujuh lelaki termasuk tiga warga tempatan yang dipercayai majikan warga asing berkenaan.
Hazril berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 55B, Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(C) Akta Imigresen 1959/63.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

 
ArtikelDiterbitkan 25 Jan 2024 3.19 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM