
Article
Keratan Akhbar Pilihan Tinjau Guna Dron Sebelum Pukat Pati
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.
Klang, 25 Januari 2024 - Serbuan yang bermula pada jam 2.30 petang itu, puluhan warga asing sedang bekerja di sebuah kilang kitar semula berkenaan dipercayai beroperasi secara haram.
Menyedari kehadiran pihak berkuasa, ada daripada mereka bertindak melarikan diri, namun berjaya dikesan dron dan dicekup.
Penolong Pengarah Bahagian D3 (ATIPSOM), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ACP Hazril Kamis berkata, Op Khas Aman 1 itu membawa kepada penahanan seramai 116 individu berusia 20 hingga 72 tahun bagi tindakan lanjut.
Menurutnya, pemeriksaan mendapati semua Pati termasuk tujuh wanita yang ditahan membabitkan warga Myanmar, Indonesia, Kemboja, Bangladesh, China, Taiwan dan India.
“Tangkapan itu turut meliputi tujuh lelaki termasuk tiga warga tempatan yang dipercayai majikan warga asing berkenaan.
Hazril berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 55B, Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(C) Akta Imigresen 1959/63.
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.