Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Tindakan Tegas Tanpa Kompromi Terhadap Anggota Polis Terlibat Kpn

Published: 03 Nov 2024 1.40 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 3 November 2024 - Tindakan mencuri barang kemas milik jasad seorang wanita yang sudah tidak bernyawa adalah tindakan tidak berperikemanusiaan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-tindakan-tegas-tanpa-kompromi-terhadap-anggota-polis-terlibat-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:34 MYT
Kuala Lumpur, 3 November 2024 - Tindakan mencuri barang kemas milik jasad seorang wanita yang sudah tidak bernyawa adalah tindakan tidak berperikemanusiaan.
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap anggota polis yang melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab itu.
“Perbuatan ini sama sekali tidak bertanggungjawab dan tidak berperikemanusiaan serta tindakan tegas perlu diambil terhadap sesiapa sahaja yang terbabit dalam jenayah seumpama ini.
“Peringatan ini bukan sahaja untuk semua pegawai dan anggota (polis), tetapi ia juga kepada diri saya,” katanya, semalam.
Menurutnya, dia sudah mengarahkan satu siasatan yang telus dan teliti dijalankan berhubung kes itu.
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.
 
ArticlePublished 03 Nov 2024 1.40 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM