Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Tindakan Dua Anggota Polis Pulangkan Semula Dompet Yang Tercicir Wajar Dipuji

Diterbitkan: 08 Apr 2020 5.05 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Serdang, 8 April 2020 - Kejujuran dua anggota polis memulangkan dompet seorang lelaki yang tercicir di sebuah pasar raya di Bandar Kinrara, di sini, kelmarin, wajar dipuji.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-tindakan-dua-anggota-polis-pulangkan-semula-dompet-yang-tercicir-wajar-dipuji
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:38 MYT

Serdang, 8 April 2020 - Kejujuran dua anggota polis memulangkan dompet seorang lelaki yang tercicir di sebuah pasar raya di Bandar Kinrara, di sini, kelmarin, wajar dipuji.

Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Tuan Ismadi Borhan berkata, kedua-dua anggota terbabit iaitu Konstabel/S Vadivelan dan Konstabel/S Piragas sedang melakukan kawalan keselamatan di pasar raya berkenaan sebelum menemui dompet berkenaan.

"Hasil pemeriksaan mendapati dompet itu mengandungi wang tunai RM850 dan dokumen pengenalan diri.

Mereka terus menyerahkan kepada pemiliknya selepas mengetahui lelaki berkenaan masih berada di dalam pasar raya itu.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti berikut.

Image may contain: one or more people, people standing and text
ArtikelDiterbitkan 08 Apr 2020 5.05 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM