Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Tiga Suspek Dikehendaki Ditahan Polis Lepas Tiga Tembakan

Published: 02 Aug 2024 2.43 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Tindakan ketiga-tiga lelaki berusia 34 tahun hingga 47 tahun itu cuba melarikan diri ketika dikejar polis bagaimanapun berjaya dipatahkan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-tiga-suspek-dikehendaki-ditahan-polis-lepas-tiga-tembakan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:31 MYT
Ipoh, 2 Ogos 2024 - Polis terpaksa melepas tiga das tembakan selepas sebuah kenderaan utiliti sukan dinaiki tiga suspek dikehendaki bertindak agresif merempuh palang plaza tol dan memandu secara berbahaya.

Tindakan ketiga-tiga lelaki berusia 34 tahun hingga 47 tahun itu cuba melarikan diri ketika dikejar polis bagaimanapun berjaya dipatahkan.

Mereka berjaya diberkas selepas dikejar sejauh puluhan kilometer iaitu dari dari Jalan Medan Soon Choon 1, Ipoh hingga ke Persimpangan Jalan Siputeh, Batu Gajah, awal pagi semalam.

Ketua Polis Perak, CP Dato’ Pahlawan Hj. Azizi Hj. Mat Aris, berkata kereta dinaiki tiga suspek itu mulanya dilihat dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya,suspek disyaki dalam usaha melakukan aktiviti curi kenderaan sekitar jam 4 pagi pada Rabu.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of slow loris and text
ArticlePublished 02 Aug 2024 2.43 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM