Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Tiga Lelaki Kelakuan Tak Senonoh Lucah Ditahan

Published: 07 Oct 2024 2.14 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Johor Bahru, 7 Oktober 2024 - Polis menahan tiga lelaki disyaki berkelakuan tidak senonoh dan lucah ketika program Larian Antarabangsa Pan Asia 2024 di Kota Tinggi, kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-tiga-lelaki-kelakuan-tak-senonoh-lucah-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:51 MYT
Johor Bahru, 7 Oktober 2024 - Polis menahan tiga lelaki disyaki berkelakuan tidak senonoh dan lucah ketika program Larian Antarabangsa Pan Asia 2024 di Kota Tinggi, kelmarin.

Ketua Polis Johor, CP Datuk M. Kumar S. Muthuvelu, berkata dua lelaki warga asing dan seorang lagi warga tempatan berusia 39 hingga 70 tahun itu ditahan di sebuah hotel di Kota Tinggi, kira-kira jam 10 malam bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, penahanan dilakukan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi.

Katanya, polis turut merampas pakaian dan aksesori dipercayai dipakai atau digunakan mereka ketika larian itu, termasuk sehelai sari merah, sehelai skirt merah, tiga keping kadbod berwarna perak serta sebatang tombak tiruan berwarna perak.

“Hasil ujian air kencing bagaimanapun mendapati semua suspek negatif sebarang jenis dadah dan mereka juga tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Hasil siasatan awal mendapati tindakan ketiga-tiga suspek itu adalah atas kapasiti individu dan bukan mewakili pihak penganjur atau program larian yang dianjurkan.

“Kes diklasifikasikan bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana kelakuan yang menghina dan Seksyen 294 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan lucah di tempat awam,” katanya menerusi kenyataan, semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.
 
ArticlePublished 07 Oct 2024 2.14 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM