Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Tiga Doktor Swasta Ditahan Jual Sijil Vaksin Palsu Pengarah Jsjk

Published: 15 Mar 2022 6.09 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 15 Mac 2022 - Tindakan tiga doktor di klinik swasta yang mengaut untung dengan mengambil kesempatan menjual sijil vaksinasi palsu berjaya dibongkar menerusi operasi sejak Januari hingga 1 Mac lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-tiga-doktor-swasta-ditahan-jual-sijil-vaksin-palsu-pengarah-jsjk
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:53 MYT

Kuala Lumpur, 15 Mac 2022 - Tindakan tiga doktor di klinik swasta yang mengaut untung dengan mengambil kesempatan menjual sijil vaksinasi palsu berjaya dibongkar menerusi operasi sejak Januari hingga 1 Mac lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato' Mohd Kamarudin Md Din berkata, doktor yang terlibat dengan kegiatan itu melantik ejen-ejen dalam kalangan orang awam bagi mempromosikan sijil vaksinasi palsu kepada kenalan mereka.

Menurutnya, pelanggan yang berminat perlu membuat temu janji di klinik swasta berkenaan dan dikenakan bayaran dari RM500 ke RM600 seorang.

"Mereka memang tidak mahu divaksin tetapi kerana peraturan menyatakan perlu ada sijil vaksin untuk urusan tertentu, jadi mahu tak mahu mereka perlukan sijil vaksinasi dan inilah yang berlaku sekarang.

"Jadi mereka membayar untuk mendapatkan sijil vaksinasi yang dikeluarkan melalui aplikasi MeSejahtera," katanya.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian.

May be an image of 9 people, people standing and text that says 'TIGA DOKTOR SWASTA EKSKLUSIF JUAL SIJIL VAKSIN PALSU atuk.MohdKamarudin Tiga doktor swasta

ArticlePublished 15 Mar 2022 6.09 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM