Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Tiga Agensi Bincang Langkah Perketat Keselamatan Di Lapangan Terbang

Published: 17 Apr 2024 4.07 AM Updated: 15 Aug 2026 8.17 PM
Kuala Lumpur, 17 April 2024 - Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Majlis Keselamatan Negara dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengadakan pertemuan dalam masa terdekat bagi membincangkan langkah perlu untuk mengetatkan aspek keselamatan di lapangan terbang di Malaysia.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-tiga-agensi-bincang-langkah-perketat-keselamatan-di-lapangan-terbang
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:02 MYT
Kuala Lumpur, 17 April 2024 - Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Majlis Keselamatan Negara dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengadakan pertemuan dalam masa terdekat bagi membincangkan langkah perlu untuk mengetatkan aspek keselamatan di lapangan terbang di Malaysia.

la susulan insiden tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), awal pagi Ahad lalu.

Menteri Pengangkutan, Tuan Anthony Loke Siew Fook berkata, sebarang perubahan prosedur operasi standard (SOP) memerlukan perbincangan lanjut antara pihak berkaitan sebelum sebarang keputusan diambil.

“Sebarang perubahan memerlukan perbincangan lanjut. Kita akan dapatkan nasihat PDRM untuk tingkatkan aspek keselamatan di lapangan terbang,” katanya selepas melancarkan stesen pengecas EVlution di sini, semalam.

Berhubung penggunaan pengimbas di pintu masuk lapangan terbang, Tuan Anthony Loke berkata, ia belum diputuskan kerana setiap tindakan memerlukan perbincangan antara MAHB dan PDRM.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian.
 
ArticlePublished 17 Apr 2024 4.07 AMUpdated 15 Aug 2026 8.17 PM