
Article
Keratan Akhbar Pilihan Tidak Janggal Tunggang Motosikal Berkuasa Tinggi
Segamat, 1 Oktober 2024 - Sentiasa tersenyum namun tegas dan sering menjadi pendengar yang baik menyebabkan wanita kental yang berkebolehan menunggang motosika...
Segamat, 1 Oktober 2024 - Sentiasa tersenyum namun tegas dan sering menjadi pendengar yang baik menyebabkan wanita kental yang berkebolehan menunggang motosikal berkuasa tinggi ini, disenangi rakan tugasan serta pengguna jalan raya.
Pengawal Pengiring Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Johor, Sarjan Dayang Hajarina Hapini, 42, memegang prinsip, berkhidmat kepada masyarakat adalah tugas yang perlu diutamakan.
Pada masa sama, dia juga menerapkan nilai murni merangkumi etika, integriti dan kerohanian bagi memastikan, tugas digalas dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab.
la juga sekali gus membentuk jati diri berdisiplin dan mampu bertindak serta berupaya menjalankan tugasan dengan berkesan dan profesional.
Sarjan Dayang Hajarina yang berkhidmat sebagai anggota polis sejak 20 tahun lalu melalui banyak pengalaman pahit dan manis dalam memberikan khidmat bakti kepada masyarakat.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian.