Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Tiada Undang Undang Khusus Jenayah Siber

Published: 03 Nov 2023 3.43 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Petaling Jaya, 3 November 2023 - Tindakan kerajaan meminda Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) dan Kanun Keseksaan (Akta 574) adalah tepat kerana undang-undang yang ada tidak memberi pengertian khusus mengenai istilah berkaitan jenayah siber terutama membabitkan kegiatan” Love Scam” dan penipuan dalam talian.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-tiada-undang-undang-khusus-jenayah-siber
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 18:33 MYT
Petaling Jaya, 3 November 2023 - Tindakan kerajaan meminda Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) dan Kanun Keseksaan (Akta 574) adalah tepat kerana undang-undang yang ada tidak memberi pengertian khusus mengenai istilah berkaitan jenayah siber terutama membabitkan kegiatan” Love Scam” dan penipuan dalam talian.

Memberitahu Utusan Malaysia, Pengerusi Persatuan Pengguna Siber Malaysia, Datuk Ahmad Noordin Ismail berkata, perkara berkenaan adalah wajar dan sangat relevan dilaksanakan bagi memastikan pihak berkuasa melakukan penyiasatan kes jenayah siber dari segi pengumpulan data dan mengukuhkan rantaian keterangan bagi meneruskan pendakwaan di mahkamah.

Kata beliau, sebelum ini, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Hj. Nasarah ada menyatakan cadangan Polis Diraja Malaysia untuk melakukan pindaan terhadap Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) dan Kanun Keseksaan (Akta 574) selain bercadang mewujudkan satu undang-undang di bawah Siber Sekuriti.

Turut senada, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pihaknya sangat mengalu-alukan cadangan pindaan undang-undang itu supaya selaras dengan keadaan semasa.

Kata beliau, ketika ini kemajuan dan kepesatan teknologi itu menyebabkan sesetengah undang-undang menjadi tidak lagi relevan dan lapuk.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text that says 'PETALING JAYA: Tindakan kera- neminda Kanun Tiada undang undang khusus jenayah siber (Akta 574) adalah unda
 
 
ArticlePublished 03 Nov 2023 3.43 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM