Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Tiada Sebarang Makluman Jho Low Berada Di Myanmar Kpn

Published: 23 Nov 2024 2.44 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 23 November 2024 - Keberadaan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low terus menjadi tanda tanya apabila lelaki itu didakwa berada dalam perlindungan pemerintah junta di Myanmar.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-tiada-sebarang-makluman-jho-low-berada-di-myanmar-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 08:00 MYT
Kuala Lumpur, 23 November 2024 - Keberadaan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low terus menjadi tanda tanya apabila lelaki itu didakwa berada dalam perlindungan pemerintah junta di Myanmar.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, setakat ini pihak berkuasa Myanmar tidak memberi makluman berkaitan keberadaan Jho Low di negara itu.

Menurutnya, sebagai sebahagian ahli Polis Asean (ASEANAPOL) Myanmar akan berkongsi sebarang maklumat berkaitan bersama Malaysia.

“Kita ada Polis Antarabangsa (INTERPOL), ASEANAPOL dan baru-baru ini saya baru habis Perhimpunan INTERPOL di Glasgow, Scotland selama dua minggu, apa-apa maklumat yang ada kita akan kongsi.

“Jadi tindakan dan maklumat yang ada kita akan beri dan bantu Myanmar dan apa juga yang kita minta dari pihak Myanmar mereka akan bantu kerana mereka juga dalam ASEANAPOL,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, di sini, semalam.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.
 
ArticlePublished 23 Nov 2024 2.44 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM