Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Tiada Sebarang Makluman Jho Low Berada Di Myanmar Kpn
Kuala Lumpur, 23 November 2024 - Keberadaan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low terus menjadi tanda tanya apabila lelaki itu didakwa berada...
Kuala Lumpur, 23 November 2024 - Keberadaan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low terus menjadi tanda tanya apabila lelaki itu didakwa berada dalam perlindungan pemerintah junta di Myanmar.
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, setakat ini pihak berkuasa Myanmar tidak memberi makluman berkaitan keberadaan Jho Low di negara itu.
“Kita ada Polis Antarabangsa (INTERPOL), ASEANAPOL dan baru-baru ini saya baru habis Perhimpunan INTERPOL di Glasgow, Scotland selama dua minggu, apa-apa maklumat yang ada kita akan kongsi.
“Jadi tindakan dan maklumat yang ada kita akan beri dan bantu Myanmar dan apa juga yang kita minta dari pihak Myanmar mereka akan bantu kerana mereka juga dalam ASEANAPOL,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, di sini, semalam.
Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.