Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Terpaksa Rahsiakan Operasi Daripada Isteri

Published: 04 Mar 2019 1.00 AM Updated: 24 Aug 2026 1.15 PM
Antara yang turut mengangkat senjata menentang komunis ialah pasukan elit Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan F mendepani kekejaman musuh dengan penuh keberanian.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-terpaksa-rahsiakan-operasi-daripada-isteri
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:25 MYT

Antara yang turut mengangkat senjata menentang komunis ialah pasukan elit Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan F mendepani kekejaman musuh dengan penuh keberanian.

Dengan semangat untuk mempertahankan kedaulatan negara, bekas anggota Pasukan F, Koperal Hussin Mohd Taib, 70, berkata, kejayaannya bersama rakan seperjuangan menembak mati beberapa pengganas komunis dalam Operasi Kelisa selain menggempur sebuah unit pengganas komunis di Mentakab, Pahang pada tahun 1986 menjadi kebanggaannya sehingga kini.

Menurut ahli Persatuan Kebajikan Bekas Anggota Polis Skuad69 PDRM itu lagi, setiap operasi yang dilaksanakan adalah sulit dan mesti dirahsiakan termasuk kepada isteri dan anak-anak.

Katanya, bukan tidak memahami kerisauan di hati isteri dan keluarga namun demi tugas perasaan itu diketepikan setiap kali dia terlibat operasi yang ada kala membuatkan dia 'hilang’ sehingga dua minggu.

Bacaan penuh di lampiran.
Sumber: Sinar Harian

Image may contain: 2 people
ArticlePublished 04 Mar 2019 1.00 AMUpdated 24 Aug 2026 1.15 PM