Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Terdedah Bahan Lucah Usia Muda Antara Punca Kes Jenayah Seksual Bawah Umur Meningkat

Published: 13 Oct 2025 4.33 AM Updated: 15 Aug 2026 6.45 PM
Keadaan kanak-kanak dan remaja kini yang mudah terdedah dengan bahan lucah khususnya melalui media sosial atau permainan video dikenal pasti sebagai antara punca utama berlakunya peningkatan kes jenayah seksual bawah umur di negara ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-terdedah-bahan-lucah-usia-muda-antara-punca-kes-jenayah-seksual-bawah-umur-meningkat
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 15:18 MYT
Keadaan kanak-kanak dan remaja kini yang mudah terdedah dengan bahan lucah khususnya melalui media sosial atau permainan video dikenal pasti sebagai antara punca utama berlakunya peningkatan kes jenayah seksual bawah umur di negara ini.

Pakar Psikologi Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris, Profesor Madya Dr. Fauziah Mohd Saad berkata, akses mudah kepada teleton pintar membuka ruang luas kepada golongan muda untuk terdedah kepada kandungan lucah atau pornografi tanpa kawalan.
“Apabila mereka menonton bahan tidak sesuai pada usia terlalu awal, rasa ingin tahu itu boleh mencetuskan tingkah laku seksual tidak sihat yang akhirnya membawa kepada risiko jenayah.

“Kes sebegini juga berlaku kerana kurangnya kawalan dan pendidikan seksual berasaskan nilai. Ramai remaja tidak mendapat panduan tepat tentang batas pergaulan dan tanggungjawab seksual, jadi kekosongan ilmu ini menyebabkan mereka belajar melalui sumber salah seperti dari internet dan rakan sebaya," katanya kepada Sinar Harian.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.



May be an image of text that says 'Akses mudah kepada telefon pintar membuka ruang luas bahan tidak sesuai usia Terdedah bahan lucah usia muda kah Oleh RAI
ArticlePublished 13 Oct 2025 4.33 AMUpdated 15 Aug 2026 6.45 PM