Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Terap Sistem Pendigitalan Awasi 169 Pangkalan Haram Di Sempadan

Published: 02 Jan 2025 1.38 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Rantau Panjang, 2 Januari 2025 - Sebanyak 169 pangkalan haram di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan perlu diberi perhatian serius dengan menerapkan sistem pendigitalan, termasuk pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) bagi menangani isu sempadan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-terap-sistem-pendigitalan-awasi-169-pangkalan-haram-di-sempadan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 20:29 MYT
Rantau Panjang, 2 Januari 2025 - Sebanyak 169 pangkalan haram di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan perlu diberi perhatian serius dengan menerapkan sistem pendigitalan, termasuk pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) bagi menangani isu sempadan.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato' Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, meminta pemasangan CCTV dipercepatkan.

“Menerusi perbincangan saya dengan Ketua Polis (KP) Kelantan, CP Dato' Mohd Yusuff Mamat memaklumkan terdapat 169 pangkalan haram di kawasan sempadan yang perlu diberi perhatian serius.

“Saya menggesa Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan KP Kelantan supaya terapkan sistem pendigitan dalam tangani isu sempadan.

“Pada masa sama, saya minta supaya isu pemasangan CCTV diselesaikan dengan segera. Kita perlu teroka sistem pendigitalan seperti yang disaran oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim supaya menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) sebagai pemudah cara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Pengoperasian Rintis AKPS di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of 8 people and text
ArticlePublished 02 Jan 2025 1.38 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM