Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Tengku Hassanal Mencemar Duli Sertai Cabaran Program Mara Lasak Bersama 570 Peserta

Published: 23 Feb 2025 3.16 AM Updated: 15 Aug 2026 6.45 PM
Raub, 23 Februari 2025 - Seramai 570 peserta termasuk Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan bercemar duli menguji ketahanan fizikal dan mental menerusi Program Mara Lasak di Ulu Dong di sini pada Sabtu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-tengku-hassanal-mencemar-duli-sertai-cabaran-program-mara-lasak-bersama-570-peserta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:59 MYT
Raub, 23 Februari 2025 - Seramai 570 peserta termasuk Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan bercemar duli menguji ketahanan fizikal dan mental menerusi Program Mara Lasak di Ulu Dong di sini pada Sabtu.

Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan negeri, Tuan Fadzli Mohamad Kamal berkata, program berkenaan anjuran Majlis Rekreasi Pahang bersama Polis Diraja Malaysia dengan sokongan kerajaan negeri.

Menurutnya, setiap peserta dikenakan syarat iaitu perlu membawa beg seberat lima kilogram bagi meningkatkan cabaran.

“Program ini bertujuan mempromosikan gaya hidup sihat dan lasak dalam kalangan rakyat khususnya belia.

“Semua peserta termasuk Tengku Hassanal sendiri terpaksa menempuh cabaran dengan berlari di denai hutan, mendaki bukit bukau dan meredah sungai.

"Walaupun laluan dilihat sukar, baginda berjaya membuktikan kewibawaan apabila menamatkan larian dengan baik,” kata beliau.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

Keratan Akhbar Pilihan Tengku Hassanal Mencemar Duli Sertai Cabaran Program Mara Lasak Bersama 570 Peserta
ArticlePublished 23 Feb 2025 3.16 AMUpdated 15 Aug 2026 6.45 PM