Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Tawar Khidmat Seludup Pati Guna Media Sosial

Diterbitkan: 17 Jun 2025 2.01 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.58 PM
Kuala Lumpur, 17 Jun 2025 - Polis Diraja Malaysia mengesan kegiatan sindiket yang menggunakan pelbagai akaun media sosial bagi menawarkan khidmat membawa masuk dan keluar migran.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-tawar-khidmat-seludup-pati-guna-media-sosial
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:05 MYT
Kuala Lumpur, 17 Jun 2025 - Polis Diraja Malaysia mengesan kegiatan sindiket yang menggunakan pelbagai akaun media sosial bagi menawarkan khidmat membawa masuk dan keluar migran.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian D3, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, SAC Soffian Santong berkata, pada Februari dan Mac lalu, Op Khas dilancarkan bagi membanteras sindiket penyeludupan migran yang menggunakan media sosial sebagai platform penyeludupan migran.

“Hasil operasi yang dijalankan seramai 1,461 orang migran warga Indonesia ditangkap selain penahanan 24 orang kerana menjalankan aktiviti penyeludupan migran dan berperanan sebagai penjaga rumah transit, pengrekrut, tekong darat, tekong laut dan 'transporter'," katanya.

Beliau berkata, modus operandi sindiket ialah menawarkan perkhidmatan melalui iklan di media sosial berikutan capaian meluas dan penyamaran yang mudah di platform digital.

SAC Soffian turut memaklumkan bayaran yang dikenakan untuk masuk atau keluar ke Malaysia adalah antara RM1,300 hingga RM2,500 seorang.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

 
ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2025 2.01 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.58 PM