Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Tarian Ghairah Demi Arak

Published: 03 Mar 2024 12.58 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Petaling Jaya, 3 Mac 2024 - Pusat hiburan yang menjadi lubuk maksiat bagi golongan muda beragama Islam digempur dalam operasi penguatkuasaan ke atas sebuah pusat perniagaan di Seksyen 51 di sini, pagi semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-tarian-ghairah-demi-arak
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 18:52 MYT
Petaling Jaya, 3 Mac 2024 - Pusat hiburan yang menjadi lubuk maksiat bagi golongan muda beragama Islam digempur dalam operasi penguatkuasaan ke atas sebuah pusat perniagaan di Seksyen 51 di sini, pagi semalam.

Premis itu diserbu sepasukan polis daripada Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman bersama Jabatan Agama Islam Selangor kira-kira jam 2.30 pagi.

Dianggarkan sekitar 200 pengunjung berada di dalam premis maksiat ketika serbuan dijalankan ke atas pusat hiburan yang terletak di tingkat tujuh itu.

Wartawan Harian Metro yang mengikuti operasi itu mendapati rata-rata pengunjung terdiri daripada lelaki dan wanita beragama Islam berusia lingkungan awal 20-an sehingga 40-an.

Lebih menyedihkan apabila didapati ada juga ‘otai' berusia dianggarkan lewat 50-an berkunjung ke premis itu untuk bersuka ria sambil menikmati minuman keras.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.
 
ArticlePublished 03 Mar 2024 12.58 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM