Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Tapis Laman Web Tawar Perniagaan Dan Perkhidmatan Palsu

Published: 10 Oct 2023 2.48 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 10 Oktober 2023 - Kerajaan akan mempertimbangkan cadangan untuk menapis laman web yang menawarkan perniagaan atau perkhidmatan palsu menerusi portal sebenarnya.my dengan cap pengesahan bagi mengelakkan gejala penipuan berleluasa oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-tapis-laman-web-tawar-perniagaan-dan-perkhidmatan-palsu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:19 MYT
Kuala Lumpur, 10 Oktober 2023 - Kerajaan akan mempertimbangkan cadangan untuk menapis laman web yang menawarkan perniagaan atau perkhidmatan palsu menerusi portal sebenarnya.my dengan cap pengesahan bagi mengelakkan gejala penipuan berleluasa oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Menteri Komunikasi dan Digital, Tuan Fahmi Fadzil berkata, pihak kementerian akan meneliti perkara itu secara teknikal sama ada ia boleh dilaksanakan atau sebaliknya kerana pihak yang tidak bertanggungjawab itu licik dengan taktik tertentu sehingga menyukarkan proses menapis tawaran palsu itu.

“Satu daripada masalah yang sering dihadapi sebenarnya.my adalah apabila ada pihak konon menawarkan bantuan (kewangan) antara RM200 dan RM1,000 kononnya daripada agensi kerajaan dengan laman sesawang mirip laman kerajaan.

“Tapi masalah yang dihadapi, apabila ditutup satu sebab ia hanya melibatkan pengekodan (coding) atau penukaran pengehosan (hosting), mereka boleh “copy paste” laman web ini,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat.

Tuan Fahmi berkata, antara cara terbaik mengatasi kegiatan itu adalah meningkatkan literasi digital dalam kalangan masyarakat agar lebih berwaspada dan tidak menjadi mangsa penipuan dalam talian.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of blueprint and text that says 'Tapis laman web tawar perniagaan, perkhidmatan palsu Kuala Lumpur: Kerajaan akan meneliti perkara itu ngan
ArticlePublished 10 Oct 2023 2.48 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM