
Article
Keratan Akhbar Pilihan Tali Pinggang Sinar Harian Milik Konstabel Mazlisham Mohamed
Kuala Lumpur, 27 Februari 2023 - Mengasak bertubi-tubi menjadi strategi kemenangan, Petinju Kelab Muaythai Kuda Merah, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Konstabel...
Kuala Lumpur, 27 Februari 2023 - Mengasak bertubi-tubi menjadi strategi kemenangan, Petinju Kelab Muaythai Kuda Merah, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Konstabel Mazlisham Mohamed untuk merangkul Tali Pinggang Sinar Harian setelah menewaskan Ariq lqwan dalam Kejohanan Kuda Merah Muay Thai Antarabangsa 2023.
Petinju berusia 23 tahun itu menerima tentangan Ariq di pusingan pertama sebelum bertahan pada pusingan berikutnya, namun bangkit mengasak pada pusingan ketiga menyebabkan lawannya tidak mampu bertahan.
“Alhamdulillah strategi jurulatih menjadi. Sengit pada pusingan pertama sebelum saya memperlahankan rentak dan kemudian mengasak bertubi-tubi untuk meraih kemenangan,” kata petinju dari Pasir Mas, Kelantan itu.
Terkenal dengan jolokan Syam Anak Kapal, dia merupakan anggota polis dari Batalion 14 Pasukan Gerakan Am, Polis Diraja Malaysia, Tawau, Sabah telah memenangi 67 daripada 70 pertarungan sejak empat tahun lalu.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.