Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Taktik Seludup 900kg Minyak Sawit Terbongkar

Diterbitkan: 14 Mar 2025 2.22 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 14 Mac 2025 - Cubaan dua lelaki menyeludup 900 kilogram (kg) minyak sawit mentah tanpa dokumen sah menggunakan lori gagal selepas ditahan Unit Risikan/Operasi, Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman di kawasan Rehat dan Rawat Seremban Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, kelmarin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-taktik-seludup-900kg-minyak-sawit-terbongkar
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:19 MYT
Kuala Lumpur, 14 Mac 2025 - Cubaan dua lelaki menyeludup 900 kilogram (kg) minyak sawit mentah tanpa dokumen sah menggunakan lori gagal selepas ditahan Unit Risikan/Operasi, Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman di kawasan Rehat dan Rawat Seremban Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, kelmarin.
Pengarah JSPT, CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri berkata, pada jam 1.30 tengah hari ketika Pasukan sedang membuat pemantauan di lebuh raya, mereka melihat sebuah lori tiga tan dibawa dua lelaki dalam keadaan mencurigakan.
Menurutnya, Pasukan tangkapan menghampiri suspek terbabit dengan memperkenalkan diri sebagai pegawai polis sambil menunjukkan kad kuasa polis.
“Pemeriksaan lanjut menemui empat tong Intermediate Bulk Container (IBC) dan dapati satu tong IBC berisi anggaran 900kg minyak sawit mentah tanpa dokumen sah disyaki diseludup keluar.
“Polis kemudian merampas lori terbabit dan menahan dua lelaki berkenaan bagi membantu siasatan mengikut Akta 582 Lembaga Minyak Sawit Malaysia,” katanya.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.
 
ArtikelDiterbitkan 14 Mar 2025 2.22 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM