
Article
Keratan Akhbar Pilihan Taktik Seludup 900kg Minyak Sawit Terbongkar
Kuala Lumpur, 14 Mac 2025 - Cubaan dua lelaki menyeludup 900 kilogram (kg) minyak sawit mentah tanpa dokumen sah menggunakan lori gagal selepas ditahan Unit Ri...
Kuala Lumpur, 14 Mac 2025 - Cubaan dua lelaki menyeludup 900 kilogram (kg) minyak sawit mentah tanpa dokumen sah menggunakan lori gagal selepas ditahan Unit Risikan/Operasi, Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman di kawasan Rehat dan Rawat Seremban Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, kelmarin.
Menurutnya, Pasukan tangkapan menghampiri suspek terbabit dengan memperkenalkan diri sebagai pegawai polis sambil menunjukkan kad kuasa polis.
“Pemeriksaan lanjut menemui empat tong Intermediate Bulk Container (IBC) dan dapati satu tong IBC berisi anggaran 900kg minyak sawit mentah tanpa dokumen sah disyaki diseludup keluar.
“Polis kemudian merampas lori terbabit dan menahan dua lelaki berkenaan bagi membantu siasatan mengikut Akta 582 Lembaga Minyak Sawit Malaysia,” katanya.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.