Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Taktik Lima Sindiket Kaburi Pihak Bank Pindah Wang Haram Ke Luar Negara

Diterbitkan: 13 Apr 2024 2.55 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.19 PM
Kuala Lumpur, 13 April 2024 - Polis menumpaskan lima sindiket pengubahan wang yang cuba memindahkan hasil haram itu ke luar negara bagi tempoh dua tahun lalu dengan 28 tangkapan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-taktik-lima-sindiket-kaburi-pihak-bank-pindah-wang-haram-ke-luar-negara
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 22:08 MYT
Kuala Lumpur, 13 April 2024 - Polis menumpaskan lima sindiket pengubahan wang yang cuba memindahkan hasil haram itu ke luar negara bagi tempoh dua tahun lalu dengan 28 tangkapan.

Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram, Urus Setia Ketua Polis Negara, Bukit Aman, DCP Dato’ Mohammed Hasbullah Ali berkata, siasatan mendapati sindiket tempatan ada berkolaborasi dengan sindiket luar negara bagi memindahkan keluar wang dari Malaysia.

Katanya, sindiket tempatan mewujudkan proksi/mule penubuhan pelbagai syarikat, perniagaan dan mendaftar akaun bank menggunakan mule akaun bank milik individu.
“Seterusnya sindiket mengawal akaun bank bagi mengumpul wang hasil aktiviti haram lebih dikenali sebagai akaun dana.

“Wang disalurkan ke akaun bank yang diwujudkan sindiket menunjukkan seolah-olah wujud transaksi perniagaan,” katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.
 
ArtikelDiterbitkan 13 Apr 2024 2.55 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.19 PM