Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Taktik Licik Pemburu Haram Intip Penguat Kuasa Guna Dron

Published: 01 Jul 2025 7.50 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 1 Julai 2025 - Modus operandi sindiket jenayah hidupan liar di Malaysia semakin canggih dan sukar dikesan apabila mereka mula menggunakan teknologi terkini seperti dron bagi memantau pergerakan penguat kuasa dan menjalankan aktiviti secara senyap.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-taktik-licik-pemburu-haram-intip-penguat-kuasa-guna-dron
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 11:52 MYT
Kuala Lumpur, 1 Julai 2025 - Modus operandi sindiket jenayah hidupan liar di Malaysia semakin canggih dan sukar dikesan apabila mereka mula menggunakan teknologi terkini seperti dron bagi memantau pergerakan penguat kuasa dan menjalankan aktiviti secara senyap.

Selain itu, sindiket terbabit turut dikesan menggunakan senjata moden dan platform digital termasuk laman web gelap (dark web) untuk menyembunyikan transaksi haram bagi mengaburi pihak berkuasa.

Mendedahkan perkara itu, Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam Bukit Aman berkata, kegiatan itu dikesan terus berlaku walaupun pelbagai tindakan bersepadu dilaksanakan sejak beberapa tahun lalu.

“Walaupun banyak operasi sudah dilaksanakan, jenayah ini kekal menjadi cabaran besar kerana ia membabitkan sindiket terancang yang beroperasi secara rahsia dan merentasi sempadan,” katanya kepada Harian Metro.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

 
ArticlePublished 01 Jul 2025 7.50 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM