
Article
Keratan Akhbar Pilihan Taktik Licik Dua Lelaki Tak Menjadi Dicekup Bersama Methamphetamine Lebih Rm600 000
Sepang, 13 Februari 2025 - Taktik licik sorok dadah dalam kotak makanan dan mencampurkannya dengan makanan ringan untuk diseludup melalui Lapangan Terbang Anta...
Sepang, 13 Februari 2025 - Taktik licik sorok dadah dalam kotak makanan dan mencampurkannya dengan makanan ringan untuk diseludup melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 di sini terbongkar apabila polis menggagalkan cubaan tersebut pada Jumaat lalu.
Menurutnya, soal siasat suspek kemudian membawa kepada satu serbuan di sebuah bilik hotel sekitar Sepang sekali gus menemukan satu kotak mengandungi lapan bungkusan plastik berisi serbuk dan ketulan kristal disyaki dadah jenis Methamphetamine kira-kira 8.4 kilogram (kg).
“Susulan tangkapan tersebut, seorang lagi lelaki tempatan ditahan di Balai Pelepasan KLIA 2 dengan rampasan satu kotak berisi 10 bungkusan plastik berisi serbuk dan ketulan disyaki dadah Methamphetamine seberat kira-kira 10.5kg.
“Semakan kedua-dua suspek berusia 19 dan 20 tahun mendapati mereka tidak mempunyai rekod lampau," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
ACP Azman berkata, salah seorang suspek bagaimanapun didapati positif dadah selepas ujian saringan air kencing dilakukan.
Jelasnya, dadah bernilai RM607,200 itu dipercayai untuk pasaran di Sarawak.