Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Taktik Licik Dua Lelaki Tak Menjadi Dicekup Bersama Methamphetamine Lebih Rm600 000

Diterbitkan: 13 Feb 2025 3.03 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Sepang, 13 Februari 2025 - Taktik licik sorok dadah dalam kotak makanan dan mencampurkannya dengan makanan ringan untuk diseludup melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 di sini terbongkar apabila polis menggagalkan cubaan tersebut pada Jumaat lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-taktik-licik-dua-lelaki-tak-menjadi-dicekup-bersama-methamphetamine-lebih-rm600-000
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:43 MYT
 
Sepang, 13 Februari 2025 - Taktik licik sorok dadah dalam kotak makanan dan mencampurkannya dengan makanan ringan untuk diseludup melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 di sini terbongkar apabila polis menggagalkan cubaan tersebut pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah KLIA, ACP Azman Shari'at berkata, seorang lelaki ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah KLIA pada jam 6.30 petang di balai pelepasan selepas dikesan dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, soal siasat suspek kemudian membawa kepada satu serbuan di sebuah bilik hotel sekitar Sepang sekali gus menemukan satu kotak mengandungi lapan bungkusan plastik berisi serbuk dan ketulan kristal disyaki dadah jenis Methamphetamine kira-kira 8.4 kilogram (kg).

“Susulan tangkapan tersebut, seorang lagi lelaki tempatan ditahan di Balai Pelepasan KLIA 2 dengan rampasan satu kotak berisi 10 bungkusan plastik berisi serbuk dan ketulan disyaki dadah Methamphetamine seberat kira-kira 10.5kg.

“Semakan kedua-dua suspek berusia 19 dan 20 tahun mendapati mereka tidak mempunyai rekod lampau," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

ACP Azman berkata, salah seorang suspek bagaimanapun didapati positif dadah selepas ujian saringan air kencing dilakukan.

Jelasnya, dadah bernilai RM607,200 itu dipercayai untuk pasaran di Sarawak.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text


ArtikelDiterbitkan 13 Feb 2025 3.03 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM