Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Tak Perlu Pamer Cukai Jalan Dan Lesen Memandu Digital

Published: 07 Nov 2023 4.18 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 7 November 2023 - Polis Diraja Malaysia menegaskan tiada tindakan diambil ke atas pengguna jalan raya yang tidak mempamerkan cukai jalan dan lesen memandu digital.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-tak-perlu-pamer-cukai-jalan-dan-lesen-memandu-digital
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 22:05 MYT
Kuala Lumpur, 7 November 2023 - Polis Diraja Malaysia menegaskan tiada tindakan diambil ke atas pengguna jalan raya yang tidak mempamerkan cukai jalan dan lesen memandu digital.

Perkara itu disahkan Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Tratik (JSPT), DCP Dato’ Mohd Nasri Omar berhubung kekeliruan dan ‘kekalutan' melibatkan perkara tersebut.

Beliau berkata, JSPT telah melaksanakan arahan kerajaan berkaitan cukai jalan dan lesen memandu digital seperti mana diumumkan Menteri Pengangkutan, Tuan Anthony Loke Siew Fook sebelum ini.

“Tiada tindakan diambil ke atas pengguna jalan raya yang tidak mempamerkan cukai jalan dan lesen memandu digital.

“Namun begitu, pengguna jalan raya disaran untuk menunjukkan kesahihan maklumat melalui aplikasi yang disediakan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan berkaitan kenderaan yang diperiksa.

Kata beliau, data kenderaan yang dipamerkan secara tangkap layar atau “screen shot” oleh pemilik masih boleh diterima pakai oleh JSPT.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.
 
ArticlePublished 07 Nov 2023 4.18 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM