
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Tak Perlu Pamer Cukai Jalan Dan Lesen Memandu Digital
Kuala Lumpur, 7 November 2023 - Polis Diraja Malaysia menegaskan tiada tindakan diambil ke atas pengguna jalan raya yang tidak mempamerkan cukai jalan dan lese...
Kuala Lumpur, 7 November 2023 - Polis Diraja Malaysia menegaskan tiada tindakan diambil ke atas pengguna jalan raya yang tidak mempamerkan cukai jalan dan lesen memandu digital.
Perkara itu disahkan Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Tratik (JSPT), DCP Dato’ Mohd Nasri Omar berhubung kekeliruan dan ‘kekalutan' melibatkan perkara tersebut.
“Tiada tindakan diambil ke atas pengguna jalan raya yang tidak mempamerkan cukai jalan dan lesen memandu digital.
“Namun begitu, pengguna jalan raya disaran untuk menunjukkan kesahihan maklumat melalui aplikasi yang disediakan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan berkaitan kenderaan yang diperiksa.
Kata beliau, data kenderaan yang dipamerkan secara tangkap layar atau “screen shot” oleh pemilik masih boleh diterima pakai oleh JSPT.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.