Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Tahun Baharu Cina 4 5 Juta Kenderaan Guna Lebuh Raya

Published: 28 Jan 2022 3.57 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Petaling Jaya, 28 Januari 2022 - Aliran trafik di semua 31 lebuh raya dijangka melonjak hingga 15 peratus atau kepada 4.5 juta kenderaan bermula hari ini hingga 6 Februari depan sempena sambutan Tahun Baharu Cina dan cuti persekolahan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-tahun-baharu-cina-4-5-juta-kenderaan-guna-lebuh-raya
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 11:27 MYT
Petaling Jaya, 28 Januari 2022 - Aliran trafik di semua 31 lebuh raya dijangka melonjak hingga 15 peratus atau kepada 4.5 juta kenderaan bermula hari ini hingga 6 Februari depan sempena sambutan Tahun Baharu Cina dan cuti persekolahan.

Memberitahu Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, CP Datuk Wira Mat Kassim Karim berkata, pada hari biasa jumlah kenderaan yang menggunakan lebuh raya sekitar 3.5 juta tetapi dalam tempoh musim perayaan dan cuti sekolah ia meningkat kepada 4.5 juta.

Menurut beliau, peningkatan itu akan berlaku apabila purata trafik harian bagi Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) adalah 1.1 juta dan kebiasaannya akan meningkat 1.3 juta ketika hujung minggu atau pada hari-hari cuti am.

"Op Selamat akan dimulakan 28 Januari dan pada hari sama jumlah kenderaan dijangka meningkat kepada 1.6 juta hingga 6 Februari. Op Selamat tahun ini mengekalkan tema 'Rumah Selamat, Selamat Sampai Ke Destinasi’.

"Bagi Lebuh Raya Pantai Timur dijangka mengalami peningkatan 190,000 kenderaan memandangkan putara harian kenderaan melalui laluan itu adalah sebanyak 150,000 kenderaan dan begitu juga lebuh raya-lebuh raya lain," kata beliau semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

 
ArticlePublished 28 Jan 2022 3.57 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM