Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Tahniah Pdrm Fc Juara Piala Cabaran Mfl 2023

Diterbitkan: 05 Dec 2023 2.24 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 5 Disember 2023 - Bagaikan mimpi menjadi kenyataan apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM FC) akhirnya menjulang Piala Cabaran Liga Bolasepak Malaysia (MFL) 2023 selepas menumpaskan Kuching City FC menerusi agregat 4-1 malam kelmarin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-tahniah-pdrm-fc-juara-piala-cabaran-mfl-2023
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 10:16 MYT
Kuala Lumpur, 5 Disember 2023 - Bagaikan mimpi menjadi kenyataan apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM FC) akhirnya menjulang Piala Cabaran Liga Bolasepak Malaysia (MFL) 2023 selepas menumpaskan Kuching City FC menerusi agregat 4-1 malam kelmarin.

Pengendali PDRM FC, Dato' Ahmad Yunus Mohd Alif berkata, secara keseluruhan pasukannya berjaya melepasi sasaran yang ditetapkan termasuklah memperoleh 31 mata dalam saingan Liga Super.

Beliau berkata, barisan pemainnya terutama tonggak muda mempamerkan aksi terbaik sepanjang tempoh perlawanan dengan memastikan PDRM FC memperoleh keputusan positif.

“Sebenarnya kita sudah sampai matlamat kita iaitu sasaran daripada pihak pengurusan iaitu sekurang-kurangnya 31 mata tapi kita sudah mengutip lebih daripada itu.
“Bagaimanapun kalau ada peluang kita akan ada dua atau tiga pemain baru yang perlu kita beri pendedahan. Ini bagus untuk mereka,” katanya.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

 
ArtikelDiterbitkan 05 Dec 2023 2.24 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM