Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Suspek Kes Pencemaran Dua Sungai Dikenal Pasti

Published: 07 Oct 2020 4.23 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Nilai, 7 Oktober 2020 - Polis sudah mengenal pasti suspek kes pencemaran Sungai Batang Benar dan Sungai Semenyih yang menyebabkan operasi Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi di Selangor, dihentikan pada Ahad lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-suspek-kes-pencemaran-dua-sungai-dikenal-pasti
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:23 MYT

Nilai, 7 Oktober 2020 - Polis sudah mengenal pasti suspek kes pencemaran Sungai Batang Benar dan Sungai Semenyih yang menyebabkan operasi Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi di Selangor, dihentikan pada Ahad lalu.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, SAC Tuan Che Zakaria Othman, berkata suspek bukan penduduk tempatan, sebaliknya berasal dari negeri lain dan kini dalam proses untuk ditahan.

"Pegawai dan anggota kita sudah berada di sebuah negeri. Saya sudah berhubung dengan mereka dan mereka positif akan dapat menahan suspek. Apabila suspek ditahan, kita akan bawa ke Negeri Sembilan untuk tindakan lanjut," katanya.

Tuan Che Zakaria berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan susulan laporan polis yang dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian.

Sumber: Berita Harian

Image may contain: one or more people, people standing and outdoor, text that says 'Suspek kes pencemaran dua sungai dikenal pasti Tindakan punca operasi L
ArticlePublished 07 Oct 2020 4.23 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM