Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Suami Isteri Ditahan Bersama Ganja Rm3 Juta

Diterbitkan: 14 Jul 2025 2.13 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kota Bharu, 14 Julai 2025 - Polis Kelantan menahan suami isteri dan merampas 90 kilogram Ganja mampat serta bunga Ganja bernilai kira-kira RM3 juta yang dibungkus dalam paket kacang gajus, di Kuala Krai dan Pasir Puteh.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-suami-isteri-ditahan-bersama-ganja-rm3-juta
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:04 MYT
Kota Bharu, 14 Julai 2025 - Polis Kelantan menahan suami isteri dan merampas 90 kilogram Ganja mampat serta bunga Ganja bernilai kira-kira RM3 juta yang dibungkus dalam paket kacang gajus, di Kuala Krai dan Pasir Puteh.

Suspek berusia 31 dan 49 tahun itu ditahan jam 4 pagi Jumaat lalu di Jalan Padang Sembilan, Kuala Krai sebelum polis menyerbu rumah mereka di Selising, Pasir Puteh, jam 4 petang pada hari yang sama.

Wanita itu disyaki mendalangi kegiatan pengedaran dadah di sebalik perniagaan ayam proses, manakala suaminya bekerja sebagai pemandu p-hailing.

Ketua Polis Kelantan, CP Dato' Hj. Mohd Yusoff Mamat, berkata tangkapan dilakukan ketika anggota unit kereta peronda Kuala Krai melakukan rondaan dan mengesan Proton X70 dalam keadaan mencurigakan.

Beliau berkata, anggota kemudian mengekori kenderaan itu sebelum menahan pasangan suami isteri terbabit.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of 7 people and text that says 'Suami isteri ditahan bersama ganja RM3 juta Pasangan disyaki berselindung sebalik perniagaan ayam proses is


 
 
 
ArtikelDiterbitkan 14 Jul 2025 2.13 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM