
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Sprm Pdrm Tetap Komited Laksana Pelbagai Usaha Dapatkan Jho Low
Kuala Lumpur, 7 Disember 2024 - Polis Antarabangsa (INTERPOL) masih dalam proses menilai permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mendapat...
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata SPRM mengemukakan permohonan menerusi Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mendapatkan bantuan Notis Merah itu pada 23 Ogos tahun lalu.
“Bagaimanapun, sehingga kini INTERPOL masih dalam proses penilaian permohonan berkenaan,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, semalam.
Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, PDRM masih melaksanakan pelbagai usaha melalui kerjasama dengan Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat, pihak berkuasa Singapura dan lain-lain agensi penguat kuasa negara luar yang turut menjalankan siasatan ke atas dana milik Syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi mendapatkan apa juga maklumat yang boleh membantu mengesan serta menangkap Jho Low.