Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Sokongan Rakyat Diperlukan Bantu Kdn Pertahan Kedaulatan Negara

Diterbitkan: 04 Sep 2022 1.46 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kedaulatan atau "sovereignty" membawa maksud kuasa tertinggi dimiliki sesebuah negara. Kedaulatan penting bagi mempertahankan negara daripada sebarang cubaan penjajahan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-sokongan-rakyat-diperlukan-bantu-kdn-pertahan-kedaulatan-negara
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:54 MYT
Kedaulatan atau "sovereignty" membawa maksud kuasa tertinggi dimiliki sesebuah negara. Kedaulatan penting bagi mempertahankan negara daripada sebarang cubaan penjajahan.

Bagi mengekalkan kedaulatan negara, isu keselamatan nasional menjadi aspek penting mendasari segala keperluan rakyat.
Berdasarkan tafsiran Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), keselamatan nasional adalah keupayaan sesebuah negara memelihara dan mempertahankan rakyatnya daripada anasir luar.

Dalam konteks Malaysia, isu berkaitan keselamatan dan ketenteraman awam dipertanggungjawabkan serta di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Situasi semasa menunjukkan keselamatan negara pada 'tahap selamat'. Berdasarkan dapatan beberapa kajian, prestasi Malaysia semakin memberangsangkan dalam menangani isu keselamatan.

Melalui statistik Jabatan Perangkaan dan Polis Diraja Malaysia, kedudukan Malaysia dilihat semakin baik dengan pengurangan jenayah indeks sebanyak 19.3 peratus pada tahun 2021 berbanding 2020.
Bacaan lanjut penulisan artikel oleh Ketua Setiausaha KDN, Dato' Sri Wan Ahmad Dahlan Hj. Abdul Aziz ini seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian Online.

May be an image of 1 person and text that says 'Statistik Jabatan Perangkaan dan PDRM menunjukkan jenayah indeks berkurangan sebanyak19. peratus pada 2021
 
ArtikelDiterbitkan 04 Sep 2022 1.46 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM