Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Sindiket Seludup Cpo Tumpas

Published: 21 Jul 2025 2.31 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kota Kinabalu, 16 Julai 2025 - Rangkaian penyeludupan minyak sawit mentah (CPO) yang giat beroperasi di sekitar kawasan pantai barat dan timur Sabah akhirnya tumpas selepas beberapa siri serbuan dijalankan Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah sejak Januari lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-sindiket-seludup-cpo-tumpas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:15 MYT
 
Kota Kinabalu, 16 Julai 2025 - Rangkaian penyeludupan minyak sawit mentah (CPO) yang giat beroperasi di sekitar kawasan pantai barat dan timur Sabah akhirnya tumpas selepas beberapa siri serbuan dijalankan Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah sejak Januari lalu.

Hasil operasi khas dikenali Op Kontraban (Op Taring Palma) itu, seramai 26 individu ditahan terdiri daripada 21 lelaki tempatan, empat warga Filipina dan seorang warga Indonesia.

Komander Briged Sabah PGA, SAC Datuk Abdul Rani Alias berkata, operasi bersepadu itu membabitkan kekuatan dari pelbagai Batalion (BN) dalam usaha membanteras dan menyekat aktiviti penyeludupan berkenaan.

“Operasi ini membabitkan BN14 Tawau, BN15 Sandakan, BN16 Kota Kinabalu, BN17 Lahad Datu, BN20 Beluran, BN21 Keningau dan BN22 Kunak.

“Sebanyak lapan serbuan dijalankan sejak 1 Januari hingga semalam dan berjaya membongkar aktiviti penyeludupan yang disyaki dijalankan tanpa lesen sah serta gagal mengemukakan dokumen penyimpanan minyak sawit mentah,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of ‎2 people and ‎text that says '‎26 INDIVIDU DITAHAN Sindiket seludup CPO tumpas Kota Kinabalu: Rangka- enyeludupan minyak t Sabah

 
 
 
ArticlePublished 21 Jul 2025 2.31 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM