Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Sindiket Lombong Bitcoin Haram Licik Banyak Helah

Published: 11 Mar 2022 3.38 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Petaling Jaya, 11 Mac 2022 - Sindiket perlombongan bitcoin semakin licik apabila mencari pelbagai helah bagi mengaburi mata pihak berkuasa supaya kegiatan dilakukan mereka tidak dikesan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-sindiket-lombong-bitcoin-haram-licik-banyak-helah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:01 MYT

Petaling Jaya, 11 Mac 2022 - Sindiket perlombongan bitcoin semakin licik apabila mencari pelbagai helah bagi mengaburi mata pihak berkuasa supaya kegiatan dilakukan mereka tidak dikesan.

Antara helah adalah menggunakan data dan maklumat kad pengenalan orang lain utuk mendaftar meter elektrik dengan Tenaga Nasional Berhad bagi melakukan aktiviti melombong bitcoin.

Tidak cukup dengan itu, ada sebahagian sindiket sanggup tinggal di kawasan-kawasan perindustrian yang terpencil untuk mencuri bekalan elektrik bagi memastikan mesin perlombongan digital dapat beroperasi 24 jam tanpa menanggung beban kos membayar bil.

Berkongsi dengan Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato’ Sri Abd Jalil Hassan berkata, kegiatan sindiket-sindiket itu menyebabkan syarikat pembekal tenaga menanggung kerugian berjumlah jutaan ringgit setiap tahun.
Kata beliau, perkara itu dapat dilihat apabila sebanyak 799 kertas siasatan dibuka Polis Diraja Malaysia di seluruh negara sejak 2020 sehingga Februari lalu dengan nilai rampasan RM69.8 juta.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

May be an image of text that says 'Polis buka 799 kertas siasatan babit rampasan RM69.8 juta Sindiket lombong bitcoin haram licik, banyak helah lehMASZUREE


ArticlePublished 11 Mar 2022 3.38 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM