
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Sindiket Kini Sasar Golongan Profesional
Petaling Jaya, 3 Ogos 2026 - Penglibatan individu berprofil tinggi termasuk golongan profesional sebagai keldai dadah menunjukkan sindiket pengedaran dadah ant...
Petaling Jaya, 3 Ogos 2026 - Penglibatan individu berprofil tinggi termasuk golongan profesional sebagai keldai dadah menunjukkan sindiket pengedaran dadah antarabangsa kini mengubah strategi dengan menyasarkan mereka yang memiliki tahap kepercayaan tinggi dalam masyarakat.
Pakar Kriminologi Universiti Utara Malaysia (UUM) (UUM), Dr. Zalmizy Hussin berkata, sindiket tidak lagi hanya merekrut individu yang terdesak daripada segi kewangan, sebaliknya turut menyasarkan golongan seperti juruterbang, doktor, ahli perniagaan dan profesional lain kerana mereka dianggap mempunyai kredibiliti serta kurang menimbulkan syak wasangka.
Menurut beliau, pendekatan itu merupakan evolusi baharu dalam modus operandi sindiket yang boleh disifatkan sebagai 'profesionalisasi keldai dadah'.
"Dahulu sindiket cari orang terdesak. Sekarang dia cari orang yang orang lain percaya. Sebab itu lebih selamat untuk mereka.
"Sindiket tak cari penganggur lagi. Cari juruterbang, doktor, cikgu. sebab bila kena tangkap, orang tidak akan syak," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.