Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Sindiket Jual Rokok Bercampur Dadah Tumpas

Diterbitkan: 05 Jul 2025 3.15 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Serdang, 5 Julai 2025 - Polis menumpaskan sindiket memproses dan menjual rokok dicampur dengan Methamphetamine dalam serbuan di sebuah kediaman di daerah ini, Selasa lalu membabitkan rampasan RM2 juta.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-sindiket-jual-rokok-bercampur-dadah-tumpas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:14 MYT

Serdang, 5 Julai 2025 - Polis menumpaskan sindiket memproses dan menjual rokok dicampur dengan Methamphetamine dalam serbuan di sebuah kediaman di daerah ini, Selasa lalu membabitkan rampasan RM2 juta.

Dalam serbuan kira-kira jam 1.00 tengah hari itu, polis turut menahan sepasang kekasih iaitu seorang lelaki tempatan berusia 52 tahun dan seorang wanita warga asing berusia 33 tahun, kedua-duanya bekerja sebagai penjual batu jade.

Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Muhamad Farid Ahmad berkata, sindiket dipercayai menghasilkan produk dadah yang disembunyikan dalam rokok, menggunakan tembakau dicampur dengan minyak Methamphetamine.

Beliau berkata, siasatan mendapati pasangan kekasih berkenaan menjadikan kediaman yang disewa RM1,700 sebulan itu sebagai makmal pemprosesan.

“Siasatan mendapati rokok dadah berkenaan dijual RM80 sebatang kepada pengedar dan dipasarkan di sekitar Lembah Klang.

“Ini kali pertama kita berjaya menumpaskan kegiatan memproses dan menjual rokok campuran dadah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang, di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

 
 
ArtikelDiterbitkan 05 Jul 2025 3.15 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM