Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Sindiket Janggut Seludup Pati Tumpas

Diterbitkan: 06 Dec 2021 1.35 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Johor Bahru, 6 Disember 2021 - Satu kumpulan yang aktif menyeludup keluar masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) dikenali dengan nama Sindiket 'Janggut', tumpas dengan penahanan 12 ahlinya dalam operasi khas di tiga lokasi berasingan sekitar Johor Bahru dan Kulai pada Rabu dan Khamis lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-sindiket-janggut-seludup-pati-tumpas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 12:15 MYT
Johor Bahru, 6 Disember 2021 - Satu kumpulan yang aktif menyeludup keluar masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) dikenali dengan nama Sindiket 'Janggut', tumpas dengan penahanan 12 ahlinya dalam operasi khas di tiga lokasi berasingan sekitar Johor Bahru dan Kulai pada Rabu dan Khamis lalu.

Ketua Polis Johor, CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, sindiket diketuai individu dikenali sebagai Joni Aripin atau Janggut dan dua orang kanannya, dikenali Muhidin atau Muhit dan Gern atau Galang berusia 22 hingga 42 tahun itu, aktif menyeludup migran sejak April lalu hingga kini.

Katanya, 12 yang ditahan terdiri daripada 10 warga Indonesia, iaitu tujuh lelaki dan tiga wanita serta dua warga tempatan berusia 22 hingga 50 tahun.

"Sindiket berkenaan sangat tersusun dan lengkap. Penduduk tempatan bertindak sebagai rakan sekongkol yang menyalurkan maklumat pergerakan pihak berkuasa.

"Modus operandi sindiket ini dipercayai mendapat bantuan dan kerjasama ejen atau pengurus lain yang akan mengatur pergerakan migran.

Katanya, semua yang ditahan disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Seksyen 26(A) Akta Anti Pemerdagangan Manusia dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Berita Harian.

May be an image of 2 people and text that says 'Sindiket Janggut seludup PATI tumpas diket liketuai dikenali Transporter atau pengangkut ripinat mengam- Si
ArtikelDiterbitkan 06 Dec 2021 1.35 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM