Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Sindiket Gunakan Inap Desa Untuk Sorok Pati Digempur

Published: 03 Feb 2024 6.15 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Selangor, 3 Februari 2024 - Kegiatan satu sindiket yang menjadikan inap desa di Tanjong Karang dekat sini sebagai rumah transit pendatang asing tanpa izin (PATI) sejak dua bulan lalu tumpas apabila digempur polis malam kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-sindiket-gunakan-inap-desa-untuk-sorok-pati-digempur
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:19 MYT
Kuala Selangor, 3 Februari 2024 - Kegiatan satu sindiket yang menjadikan inap desa di Tanjong Karang dekat sini sebagai rumah transit pendatang asing tanpa izin (PATI) sejak dua bulan lalu tumpas apabila digempur polis malam kelmarin.
Serbuan kira-kira pukul 9.45 malam itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota D3 Bahagian Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dengan kerjasama Balai Polis Kuala Selangor.
Dalam Ops Pintas itu, seramai 48 warga Indonesia berusia enam hingga 51 tahun termasuk penjaga premis dan tekong darat ditahan.
Ketua Penolong Pengarah D3 Bukit Aman, SAC Soffian Santong berkata, operasi itu dilakukan hasil maklumat dan risikan pihaknya mengenai sindiket penyeludupan migran.
Menurutnya,pemeriksaan mendapati tangkapan termasuk 14 wanita dan tiga kanak-kanak.
“Sindiket itu menggunakan taktik membawa migran ke lokasi pelepasan dan bertolak ke negara jiran menerusi jalan laut,” katanya, semalam.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Utusan Malaysia.
 
ArticlePublished 03 Feb 2024 6.15 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM