Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Sindiket E Waste Eksploitasi Kanak Kanak Jadi Buruh

Published: 04 Sep 2024 2.43 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 4 September 2024 – Sindiket memproses sampah elektronik (e-waste) dikesan mengeksploitasi kanak-kanak warga asing sebagai buruh.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-sindiket-e-waste-eksploitasi-kanak-kanak-jadi-buruh
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:28 MYT
Kuala Lumpur, 4 September 2024 – Sindiket memproses sampah elektronik (e-waste) dikesan mengeksploitasi kanak-kanak warga asing sebagai buruh.
Itu antara kesalahan yang dikesan hasil serbuan kilang e-waste haram dalam negara oleh Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Ketua Penolong Pengarah D3 JSJ Bukit Aman, SAC Soffian Santong berkata, 25 serbuan dengan 54 tangkapan termasuk tujuh wanita sejak tahun lalu di seluruh negara.
Menurutnya, tahun lalu ada lapan serbuan dan 22 tangkapan, manakala tahun ini setakat Jun ada 17 serbuan membabitkan 32 penahanan.
"Siasatan mendapati mereka ini berperanan sebagai penyelia, pemilik tanah atau premis, pekerja yang melakukan pelbagai kesalahan termasuklah tiada dokumen seperti pasport serta tinggal lebih masa," katanya eksklusif kepada Sinar Harian baru-baru ini.
SAC Soffian berkata, rekod tindakan yang dijalankan pihaknya ke atas kilang e-waste bermula Disember 2020 selepas menerima aduan berhubung elemen pemerdagangan manusia selain pelbagai kesalahan lain.
Katanya, aduan yang diterima polis menyatakan kilang-kilang itu menggajikan pekerja asing termasuklah mengeksploitasi kanak-kanak sebagai buruh paksa.
"Kita tidak nafikan sindiket ini mengambil untung berlipat ganda dengan mengeksploitasi kanak-kanak sebagai buruh dan dibayar gaji rendah.
"Siasatan mendapati kilang e-waste ini kebanyakannya dikendalikan warga China dan beroperasi secara haram," katanya.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian.
 
ArticlePublished 04 Sep 2024 2.43 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM