Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Sindiket Dadah Tumpas Syabu Rm3 Juta Dirampas

Diterbitkan: 09 Sep 2025 6.23 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Johor Bahru, 9 September 2025 - Polis Johor merampas dadah jenis Syabu seberat 80 kilogram (kg) bernilai hampir RM3 juta dalam serbuan di rumah di Bandar Penawar, Kota Tinggi, di sini pada 2 September lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-sindiket-dadah-tumpas-syabu-rm3-juta-dirampas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:00 MYT
Johor Bahru, 9 September 2025 - Polis Johor merampas dadah jenis Syabu seberat 80 kilogram (kg) bernilai hampir RM3 juta dalam serbuan di rumah di Bandar Penawar, Kota Tinggi, di sini pada 2 September lalu.

Ketua Polis Johor, CP Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, serbuan jam 10.30 malam pada 2 September hingga 4.00 pagi itu dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Kota Tinggi bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.

Dalam serbuan itu, pasukan serbuan menahan seorang lelaki tempatan dan dua wanita, termasuk seorang wanita tempatan dan seorang wanita warga Indonesia, berusia antara 34 hingga 43 tahun.

“Hasil serbuan, JSJN Johor merampas dadah disyaki Syabu seberat 80,330 gram atau dianggarkan 80kg yang dibungkus dalam 76 bungkusan minuman teh Cina. Nilai anggaran rampasan dadah adalah RM2,570,560,” katanya pada sidang media di IPK Johor, di sini semalam.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of 4 people and text
ArtikelDiterbitkan 09 Sep 2025 6.23 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM