Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Sindiket Bunga Ganja Tumpas Dadah Untuk 88 788 Penagih Dirampas

Diterbitkan: 15 Jul 2025 1.25 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Johor Bahru, 15 Julai 2025 - Dalang dan dua ahli sindiket pengedaran dadah termasuk jenis bunga Ganja ditahan dalam lima serbuan berasingan di sekitar bandar raya ini, Khamis lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-sindiket-bunga-ganja-tumpas-dadah-untuk-88-788-penagih-dirampas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:04 MYT
Johor Bahru, 15 Julai 2025 - Dalang dan dua ahli sindiket pengedaran dadah termasuk jenis bunga Ganja ditahan dalam lima serbuan berasingan di sekitar bandar raya ini, Khamis lalu.

Ketua Polis Johor, CP Datuk M. Kumar S. Muthuvelu berkata, pelbagai jenis dadah bernilai RM3.55 juta dirampas daripada ketiga-tiga suspek berusia antara 32 hingga 39 tahun. 

Beliau berkata, rampasan itu adalah yang pertama melibatkan pengedaran bunga Ganja di Johor.

“Modus operandi sindiket ini adalah menjadikan rumah dan bilik sewa di kawasan perumahan berpagar dan berpengawal sebagai tempat simpan dan pembungkusan dadah sebelum diedar ke pasaran.

“Dadah dirampas termasuk 20.7 kilogram (kg) serbuk Ekstasi, 18.4kg Ganja, 154.25 gram (g) Ketamin serta 141g pil Erimin 5 dengan nilai keseluruhan RM3,556,250,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

May be an image of 6 people and text


ArtikelDiterbitkan 15 Jul 2025 1.25 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM